PIAGAM SEKOLAH
Kami, warga Sekolah Kebangsaan Sungai Kajang dengan penuh tekad dan iltizam serta berikrar serta berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
: Membimbing dan memastikan semua anak didik kami mencapai kecemerlangan dalam setiap peperiksaan.
: Membimbing anak didik kami supaya menjadi insan berilmu, beramal, berakhlak mulia berlandaskan ajaran Islam serta mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan mempunyai semangat untuk maju dalam pelajaran.
: Memastikan semua murid dapat menerima pendidikan sempurna dan terbaik.
: Melaksanakan pengurusan sekolah yang berwibawa, tiada kecacatan selaras dengan konsep ‘zero defect’.
: Menyediakan staf yang berdikari, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab, produktif dan proaktif.
: Mewujudkan persekitaran dan iklim sekolah yang sentiasa bersih, ceria, menarik dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
: Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan iaitu murid, ibu bapa, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia, masyarakat dan negara.
: Mewujudkan perhubungan yang akrab dan terbuka dengan masyarakat tempatan sejajar dengan konsep sekolah penyayang dan permuafakatan.